Hai. Kenapa tajuk saya kali ini berkenaan 'hilang'? selalunya, sesuatu perkara yg terjadi memiliki sebabnya. saya meletakkan tajuk 'Kehilangan' tu jugak ada sebab dan peristiwanya.
Act, entri kali ni saya khususkan someone yg nun jauh di sana. Sekali gus, sekadar buat perkongsian perasaanlah bersama korang yg sedang membaca ni.
Kehilangan tu memang menyakitkan hati, kan? korang pun pastinya tahu. saya tak pernah rasa sangat sangat sedih kerana kehilangan sesuatu benda macam apa yg saya rasa sekarang berbanding sebelum ni. Benda tu bukan benda biasa. Orang kata, hilang beli semula. cakap memang sesenang A B C. sesenang menghitung 1 hingga 10. tapi, yg terbeban ialah HATI. benda tu hasil duit yg saya kumpul. entahlah, terasa puas hati pula dengan barang yg saya beli tu, dengan duit yg saya kumpul sendiri. dan dari situlah terdidiknya diri mahu menjaganya sebaik mungkin. tapi, bukan tu sebabnya saya jadikan benda tu sebagai barang yg paling saya sayangi. sebenarnya konteks di dalamnya tulah yg membuatkan saya sangat sangat sayang dgn barang tu. 'dia' banyak tersimpan kenangan yg tak mungkin saya boleh tinggalkan macam tu sj. konteksnya sangat penting bagi diri saya. pelbagai kenangan bersama orang yg berbeza beza.
tapi, sekarang barang tu dah hilang. hmm, sebenarnya bukan lah hilang. dia jatuh ke tangan ibu orang lain yg saya tak kenal dan tak pernah jumpa. saya jugak tak tahu makcik tu berada di mana. dan balik balik saya cuba agar Makcik itu akan bagi balik. Tapi, tiada respon positif. saya berharap sangat makcik tu akan bagi balik atas dasar baik hati dan berperikemanusiaannya. saya risau kalau kalau makcik tu terniat untuk menjualnya atau jadikan miliknya atau anaknya, atau suaminya atau sesiapa sj. saya risau sangat. dan kalau pun makcik tu tak mahu bagi jugak, bagi simcardnya pun jadilah. boleh dikatakan dua dua pun sangat penting. now, korang dah dapat detect kan apa barang tu. mama dah bagi green light untuk beli baru. tapi, biarpun dah ada yg baru, hati masih terluka, boleh ganti baru ka? so, lebih baik saya tak beli baru. sebab tu, pada mulanya, saya hilang kata kata. fikiran pun kosong. dalam hati pun tak terasa apa perasaan, sedih, geram mahu pun marah. sebab saya cuba bersabar sejauh mana saya boleh bertahan tanpa barang tu. rupa-rupanya, saya tak boleh. barang tu amat penting. telefon dan simcard tu amat penting...
Awak, saya minta maaf. Kalau ada jodoh, adalah tu.. Sesungguhnya, janji Allah itu pasti..