Saturday, 4 October 2014

KEHILANGAN


Hai. Kenapa tajuk saya kali ini berkenaan 'hilang'? selalunya, sesuatu perkara yg terjadi memiliki sebabnya. saya meletakkan tajuk 'Kehilangan' tu jugak ada sebab dan peristiwanya.

Act, entri kali ni saya khususkan someone yg nun jauh di sana. Sekali gus, sekadar buat perkongsian perasaanlah bersama korang yg sedang membaca ni.

Kehilangan tu memang menyakitkan hati, kan? korang pun pastinya tahu. saya tak pernah rasa sangat sangat sedih kerana kehilangan sesuatu benda macam apa yg saya rasa sekarang berbanding sebelum ni. Benda tu bukan benda biasa. Orang kata, hilang beli semula. cakap memang sesenang A B C. sesenang menghitung 1 hingga 10. tapi, yg terbeban ialah HATI. benda tu hasil duit yg saya kumpul. entahlah, terasa puas hati pula dengan barang yg saya beli tu, dengan duit yg saya kumpul sendiri. dan dari situlah terdidiknya diri mahu menjaganya sebaik mungkin. tapi, bukan tu sebabnya saya jadikan benda tu sebagai barang yg paling saya sayangi. sebenarnya konteks di dalamnya tulah yg membuatkan saya sangat sangat sayang dgn barang tu. 'dia' banyak tersimpan kenangan yg tak mungkin saya boleh tinggalkan macam tu sj. konteksnya sangat penting bagi diri saya. pelbagai kenangan bersama orang yg berbeza beza. 

tapi, sekarang barang tu dah hilang. hmm, sebenarnya bukan lah hilang. dia jatuh ke tangan ibu orang lain yg saya tak kenal dan tak pernah jumpa. saya jugak tak tahu makcik tu berada di mana. dan balik balik saya cuba agar Makcik itu akan bagi balik. Tapi, tiada respon positif. saya berharap sangat makcik tu akan bagi balik atas dasar baik hati dan berperikemanusiaannya. saya risau kalau kalau makcik tu terniat untuk menjualnya atau jadikan miliknya atau anaknya, atau suaminya atau sesiapa sj. saya risau sangat. dan kalau pun makcik tu tak mahu bagi jugak, bagi simcardnya pun jadilah. boleh dikatakan dua dua pun sangat penting. now, korang dah dapat detect kan apa barang tu. mama dah bagi green light untuk beli baru. tapi, biarpun dah ada yg baru, hati masih terluka, boleh ganti baru ka? so, lebih baik saya tak beli baru. sebab tu, pada mulanya, saya hilang kata kata. fikiran pun kosong. dalam hati pun tak terasa apa perasaan, sedih, geram mahu pun marah. sebab saya cuba bersabar sejauh mana saya boleh bertahan tanpa barang tu. rupa-rupanya, saya tak boleh. barang tu amat penting. telefon dan simcard tu amat penting... 

Awak, saya minta maaf. Kalau ada jodoh, adalah tu.. Sesungguhnya, janji Allah itu pasti..

 

Thursday, 24 July 2014

Puasa jangan pergi, Raya mari kembali ?

Haii, apa khabar ni? hope korang sihat semuanya. 
20 hari telah pun berlalu meninggalkan kita. kini tinggal 3 hari saja lagi. Act, saya tak pasti sangat bila kita akan menyambut hari raya ni. cuma ramai orang jangka yg kita akan raya hari Isnin depan. Wah wah wahh!
 amacam? dah beli baju raya ek? hehe. tahun ni saya taklah kelam-kabut sangat nak beli baju raya. Sebab, parents dah pun bawa saya pegi beli baju raya. sebelum puasa lgi tau! haa, nampak tak semangat raya di situ? hahah. sebenarnya, kami memang sengaja beli awal2. sebab apa, cuba korang pegi shopping mall waktu macam ni. mesti dah ramai orang dan semestinya, SESAK. isn't it? Tambahan pula, pasti jualan dah laris. pakaian2 yg cantik semua dah kena 'kebas', cuma adalah sikit2. tak tahulah tempat korang pula.

For those yg bakal duduk SPM tahun ni, jangan raya sakan. boleh tu boleh, but jangan lupa ulang kaji juga yaa kawan2 kuu semua =) SPM dah hampir dah. hehee. 

 
image credit to: babypreloved.blogspot.com

Salam raya dari saya :)

Friday, 13 June 2014

COUPLE Yang Orang Kata Sweet.

Hai korangg. 
First of all, korang kenalah ucapkan congratulation to me tauu. sebab apa,
 kalau bukan berkat jasa ingatan saya ne, tak mungkin saya akan dapat update blog ni lagi. *haa, tak faham? nak garu kepalalah tuu* haha. act, malu saya nak cakap, tpi dah memang kenyataannya yg saya terlupa passwordnya. Oppss! hee, dah terlepas pula. hah, itulah hakikatnya. Saya hampir hampir kehilangan blog ni.  :'( tapi, nasib baiklah saya dapat balik masa saya tengah bermimpi semalam. hehe, okay gurau.. tapi yg pasal jasa ingatan tu betul yeaa.

Couple. Ofcourse korang semua pernah dengar kan?
Eleh,  tipulah kalau tak pernah dengar. Kalahlah korang dengan budak sekolah rendah kalau macam tu. hihi

Remaja dan couple memang dah serasi zaman sekarang. Dan dah dikatakan 'trend' semasa. What? belum pernah lgi? Syabas saya ucapkan :)

Korang pun tahukan couple bermaksud berpasang-pasangan. Ada yg mengatakan cinta dan couple tak sama. Act, dah lama saya fikirkan tentang perkara ni. selalu je bermain main di benak fikiran. ada ustaz mengatakan couple tu HARAM. haram disebabkan pelakunya. Subuh tadi, saya terbaca sebuah artikel di dalam sebuah blog. 

Dia kata, cinta itu fitrah manusia. sesiapa pun boleh mencintai dan berhak untuk dicintai. akan tetapi, bercinta biarlah berpada pada. Kerana melalui couple akan terwujudlah bunga bunga maksiat. Kan Allah melarang kita mendekati zina. Masih ingat ayat ini? 'La taqrabuzzina!' Perbuatan perbuatan seperti dating, berjumpa, keluar berdua duaan tu pun dah dekat dengan zina. Islam tidak melarang kita untuk berjumpa seseorang yg bukan muhrim dengan syarat mesti ada hajat dan urusan yg penting.

Saya masih ingat, Ustazah Adibah saya pernah cakap. "Tak boleh bertelefon atau bersms dengan mereka yg bukan muhrim kalau tak ada apa apa urusan penting" Dulu, kata kata ustazah tu saya langsung tak boleh pakai. tapi, kata kata tu selalu jadi bahan fikiran saya. Sekarang barulah saya faham, maksud Ustazah tu di sini, jika kita berhubung tanpa urusan dan hanya untuk saja saja, ianya boleh mendekatkan diri kita pada maksiat. ingat, maksiat bukan satu part je. maksiat mata, pendengaran, dan hati pun ada! Jangan lupa, syaitan bila tengok kita berdua duaan dengan yg bukan muhrim, dialah yg akan jadi 'orang ketiga'. Syaitan tu jadi orang ketiga cuma nak dengar kita borak borak. Macam tu? bukan! masa tulah dia akan lebih bersemangat untuk menghasut dan menggoda kita dengan pelbagai cara. Kan syaitan pernah berjanji untuk tidak berhenti menyesatkan kaum Adam. 

Sebenarnya, banyak lgi saya nak kongsikan di sini. tapi, memandangkan mama saya dah panggil sebab nak jalan gi rumah orang kenduri, so saya akhirlah dulu setakat ni. 

Maaf andai menyinggung perasaan. kita sesama manusia yg tak sempurna. jom berusaha mendapatkan keredhaan Illahi :D

Sunday, 1 June 2014

My Renewal

Mix Language.


Hampir tiga bulan lebih dah saya tak update blog kesayangan. Bukan apa, memandangkan I, the one between a thousand student in this Malaysia yang juga merupakan SPM candidate. So, saya memang agak busy hendak mengupdate bagai ni. Nak online Facebook pun, heee.. memang incredibly rare. Sampai ada orang kata, "Kau ni ada akaun Facebook pun macam tak ada dah. Aku cari nama kau pun susah. dah hilang kena makan jembalang ya?" hahahaha. itulah salah satu speech dari kawan kawan.


Blog yang satu tu pun dah terabai. Natijahnya, saya terlupa email dan passwordnya. tuutt~ Merajuk kut. haha. dan, sekarang. Lahirlah pula blog terbaru. Ish, takut lepas ni terlupa lagi. Ergh -_- Nauzubillah.


FYI, untuk blog yang ini, saya just wanna make a simple one. takmo lebih lebih. nanti dia penuh sarat berat dan lembab. nak tunggu dia loading lagilah buat orang moody je. Endingnya, terus tekan butang 'X'


Last but no least, Thanks a lot for coming and reading.
boleh tinggalkan link blog anda kat kotak komen. so that, kita bolehlah blogwalking ke blog korang pula =)