Hai korangg.
First of all, korang kenalah ucapkan congratulation to me tauu. sebab apa,
kalau bukan berkat jasa ingatan saya ne, tak mungkin saya akan dapat update blog ni lagi. *haa, tak faham? nak garu kepalalah tuu* haha. act, malu saya nak cakap, tpi dah memang kenyataannya yg saya terlupa passwordnya. Oppss! hee, dah terlepas pula. hah, itulah hakikatnya. Saya hampir hampir kehilangan blog ni. :'( tapi, nasib baiklah saya dapat balik masa saya tengah bermimpi semalam. hehe, okay gurau.. tapi yg pasal jasa ingatan tu betul yeaa.
Couple. Ofcourse korang semua pernah dengar kan?
Eleh, tipulah kalau tak pernah dengar. Kalahlah korang dengan budak sekolah rendah kalau macam tu. hihi
Remaja dan couple memang dah serasi zaman sekarang. Dan dah dikatakan 'trend' semasa. What? belum pernah lgi? Syabas saya ucapkan :)
Korang pun tahukan couple bermaksud berpasang-pasangan. Ada yg mengatakan cinta dan couple tak sama. Act, dah lama saya fikirkan tentang perkara ni. selalu je bermain main di benak fikiran. ada ustaz mengatakan couple tu HARAM. haram disebabkan pelakunya. Subuh tadi, saya terbaca sebuah artikel di dalam sebuah blog.
Dia kata, cinta itu fitrah manusia. sesiapa pun boleh mencintai dan berhak untuk dicintai. akan tetapi, bercinta biarlah berpada pada. Kerana melalui couple akan terwujudlah bunga bunga maksiat. Kan Allah melarang kita mendekati zina. Masih ingat ayat ini? 'La taqrabuzzina!' Perbuatan perbuatan seperti dating, berjumpa, keluar berdua duaan tu pun dah dekat dengan zina. Islam tidak melarang kita untuk berjumpa seseorang yg bukan muhrim dengan syarat mesti ada hajat dan urusan yg penting.
Saya masih ingat, Ustazah Adibah saya pernah cakap. "Tak boleh bertelefon atau bersms dengan mereka yg bukan muhrim kalau tak ada apa apa urusan penting" Dulu, kata kata ustazah tu saya langsung tak boleh pakai. tapi, kata kata tu selalu jadi bahan fikiran saya. Sekarang barulah saya faham, maksud Ustazah tu di sini, jika kita berhubung tanpa urusan dan hanya untuk saja saja, ianya boleh mendekatkan diri kita pada maksiat. ingat, maksiat bukan satu part je. maksiat mata, pendengaran, dan hati pun ada! Jangan lupa, syaitan bila tengok kita berdua duaan dengan yg bukan muhrim, dialah yg akan jadi 'orang ketiga'. Syaitan tu jadi orang ketiga cuma nak dengar kita borak borak. Macam tu? bukan! masa tulah dia akan lebih bersemangat untuk menghasut dan menggoda kita dengan pelbagai cara. Kan syaitan pernah berjanji untuk tidak berhenti menyesatkan kaum Adam.
Sebenarnya, banyak lgi saya nak kongsikan di sini. tapi, memandangkan mama saya dah panggil sebab nak jalan gi rumah orang kenduri, so saya akhirlah dulu setakat ni.
Maaf andai menyinggung perasaan. kita sesama manusia yg tak sempurna. jom berusaha mendapatkan keredhaan Illahi :D